Fakta PCOS?

As salam....

* Penafian- info ini adalah umum, segala apa yang tercatit di sini adalah hasil dari pembacaan/research tentang PCOS dan penerangan yang diberikan oleh Dr yang merawat Chek. Info ini bukan lah bermaksud sebagai konsultasi perubatan TETAPI lebih kepada berkongsi maklumat dan pendapat. Anda disarankan berjumpa dengan Dr Pakar terlatih bagi sebarang khidmat nasihat perubatan yang berkaitan. 

 Fakta mengenai PCOS

  • PCOS @ lebih dikenali dengan nama "Polystic Cyst Ovary Syndrome" yang disebabkan oleh ganguan hormon didalam badan seseorang wanita.
  • Selalunya menggangu kitaran haid,ovulasi dan biasanya menyerang wanita di peringkat umur reproduktif.
  • Lazimnya,menyebabkan ovum tidak matang dan terperangkap di dalam ovari yang menggangu kesuburan seseorang wanita itu.
  • PCOS TIDAK SEMESTINYA menyerang orang yang berbadan gempal.Sesiapa sahaja boleh mengalaminya.
  • Orang yang mengalami PCOS,selalunya mempunyai MASALAH BERAT BADAN yang meningkat secara mendadak.
  • PCOS selalunya dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan gula dalam darah seperti "Insulin Resistant @ Syndrom X" dan "Diabetic". Kegagalan mengawal berat badan dan keseimbangan gula dalam darah boleh menyebabkan pesakit PCOS bakal menghadapi masalah kesihatan yang lain seperti mengidap "Diabetis type 2".
  • Gejala @ syndrom PCOS dapat dikurangkan dengan mengawal PEMAKANAN,BERAT BADAN dan menjalani kehidupan yang sihat(Exercise). Ianya sekaligus memperbaiki keseimbangan hormon dalam badan. 
  • Syndrom PCOS dapat dikurangkan sekiranya pesakit PCOS dapat menurunkan 5-10 peratus daripada berat badan asalnya.
Maklumat selanjutnya mengenai kaitan antara BERAT BADAN & PCOS DiSini .


    No comments:

    Post a Comment