Friday, July 19, 2013

Duhai Lelaki

As Salam,

Semalam 18/07/2013 rata2 status kat FB dan blog,hampir semuanya update status pasal Ashraf Muslim yang berkahwin untuk kali kedua dengan Wan Sakinah.Semuanya dikatakan berpunca dari isteri pertama Ashraf Muslim,Dayana yang dikatakan tidak mampu melahirkan zuriat.Nukilan ini Chek tujukan khas buat insan yang bergelar lelaki...khasnya Ashraf Muslim

Duhai Lelaki,
Ingatlah takala kau ingin memilikinya
Bermacam-macam cara yang kau usahakan
Bermacam-macam ranjau kau sanggup hadapinya
Asalkan dia menjadi milikmu...

Namun,
Mengapakah baru sekarang
Setelah kau diuji
Setiamu tidak menjadi miliknya...

Duhai Lelaki,
Adakah kerana dia belum mampu memenuhi
tanggungjawabnya sebagai isteri??
Adakah kerana dia tidak mampu membahagiakanmu??
Lupakah kau bahawa dia yang kau berjanji
untuk melindunginya...
Menjadi pembimbingnya...

Duhai Lelaki,
Ingatlah......
Sejauh mana dan setinggi mana ilmu manusia
Kuasa Allah tidak dapat kau tandingi
PerancanganNya melebihi rancanganmu..


Duhai Lelaki,
Adakah kau akan menduakan penggantinya
Sekiranya perkara yang sama berulang??
Sanggupkah kau berbuat begitu??.
Teganya kau..sekiranya itu yang akan berlaku
Hanya disebabkan si kecil yang menjadi idaman kalbu..

Duhai Lelaki,
Peritnya perasaan kau,
Berjuta kali perit lagi perasaan dia yang kau duakan...
Sakitnya dia keranamu

Namun,
Doaku,moga ketabahan dan kesabaran
Menjadi milik dia,
Moga dia menjadi insan yang kuat
untuk menjalani hari-hari mendatang.,,


p/s: Buat Dayana, semoga tabah....kami yang TTC amat memahami perasaanmu...

Heheheh...teremo plak... berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Sekiranya itu yang ditakdirkan buat Dayana,moga Ashraf Muslim dapat memenuhi tanggungjawabnya pula terhadap isteri-isterinya dan berlaku adil seadilnya.Amin.....


 



No comments:

Post a Comment