Tuesday, October 15, 2013

Post/Tips berguna untuk TTC...oleh Dr Hamid Arshat(Self Insemination)

As Salam....

Rasanya dah lama Chek tak update cerita di sini....pada yang mengikuti blog Chek yang lain DISINI pastinya sudah maklum kemana mengilangnya Chek selama blog kedua Chek nie tidak berupdate....

Okla...dipendekkan cerita,hari nie,Chek ada terbaca status FB Dr Hamid Arshat...mengenai self insemination.Dalam hati Chek berkata"Wah,menarik nie....boleh dijadikan bahan rujukan dan panduan buat diri sendiri dan rakan-rakan TTC yang lain."...bak kata pepatah...sharing is caring kan...kan....so disini sukacitalah Chek ingin memaklumkan/mewarwarkan berkenaan self insemination nie..

Menurut Dr Hamid,kaedah ini adalah kaedah DIY,yang mana kosnya lebih jauh murah daripada IUI tetapi mempunyai peluang hamil yang sama.Kepada sesiapa yang berminat ingin mengetahui cara-caranya boleh rujuk ke web/blog Dr Hamid Arshat sendiri.

Semoga apa yang Chek kongsikan ini memberi manafaat kepada kita semua.Amin....Ya Rabbal Alamin.



.



Monday, July 29, 2013

TTC Diet #1

Updated on
29/07/2013
Tehran,Iran
1343hrs

As Salam,

Semalam Chek tgk rancangan bual bicara ber Dr Oz di saluran satelit MBC. Dr Oz(rancangan pada 28/07/2013-di saluran MBC 4) ada membincangkan pasal bagaimana nak turunkan berat badan secara semula jadi,iaitu melalui proses DETOX.

Menurut pakar yang mencipta program tersebut, adalah menjadi kepentingan kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara semula jadi melalui proses detoxfikasi.

*p/s: seperti yang kiter semua sedia maklum bahawa,untuk faktor utama kiter agak sukar TTC disebabkan oleh kegemukkan.

So, ari nie Chek nak share sket ilmu yang Chek dpt dari rancangan Dr Oz.

Perkara pertama proses detox ialah untuk eliminate/kurangkan:
  1. Dairy products/milk
  2. processed sugar
  3. soy
  4. coffee/soda
  5. gluten
  6. beef
  7. creamed veggies
  8. peanuts
10  foods that good for DETOX programs are:
  1. Green leaves veggies
  2. Cold water Fish(ie: Tuna,Salmon) 
  3. Free range pastured chicken
  4. Fresh Berries(ie: cranberries,blueberries,blackberries,strawberries)
  5. Apple Cider Vineger
  6. Lemon water
  7. Herbal Tea
  8. unsweeted coconut milk
  9. Coconut Oil
  10. plant based protein powder
Untuk resepi,sila layari 10 foods for DETOX 

Semoga apa yang Chek kongsikan ini memberi manafaat kepada kita semua. Aminn....






Friday, July 19, 2013

Duhai Lelaki

As Salam,

Semalam 18/07/2013 rata2 status kat FB dan blog,hampir semuanya update status pasal Ashraf Muslim yang berkahwin untuk kali kedua dengan Wan Sakinah.Semuanya dikatakan berpunca dari isteri pertama Ashraf Muslim,Dayana yang dikatakan tidak mampu melahirkan zuriat.Nukilan ini Chek tujukan khas buat insan yang bergelar lelaki...khasnya Ashraf Muslim

Duhai Lelaki,
Ingatlah takala kau ingin memilikinya
Bermacam-macam cara yang kau usahakan
Bermacam-macam ranjau kau sanggup hadapinya
Asalkan dia menjadi milikmu...

Namun,
Mengapakah baru sekarang
Setelah kau diuji
Setiamu tidak menjadi miliknya...

Duhai Lelaki,
Adakah kerana dia belum mampu memenuhi
tanggungjawabnya sebagai isteri??
Adakah kerana dia tidak mampu membahagiakanmu??
Lupakah kau bahawa dia yang kau berjanji
untuk melindunginya...
Menjadi pembimbingnya...

Duhai Lelaki,
Ingatlah......
Sejauh mana dan setinggi mana ilmu manusia
Kuasa Allah tidak dapat kau tandingi
PerancanganNya melebihi rancanganmu..


Duhai Lelaki,
Adakah kau akan menduakan penggantinya
Sekiranya perkara yang sama berulang??
Sanggupkah kau berbuat begitu??.
Teganya kau..sekiranya itu yang akan berlaku
Hanya disebabkan si kecil yang menjadi idaman kalbu..

Duhai Lelaki,
Peritnya perasaan kau,
Berjuta kali perit lagi perasaan dia yang kau duakan...
Sakitnya dia keranamu

Namun,
Doaku,moga ketabahan dan kesabaran
Menjadi milik dia,
Moga dia menjadi insan yang kuat
untuk menjalani hari-hari mendatang.,,


p/s: Buat Dayana, semoga tabah....kami yang TTC amat memahami perasaanmu...

Heheheh...teremo plak... berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Sekiranya itu yang ditakdirkan buat Dayana,moga Ashraf Muslim dapat memenuhi tanggungjawabnya pula terhadap isteri-isterinya dan berlaku adil seadilnya.Amin.....


 



Wednesday, July 17, 2013

Berehat sebentar...

As Salam,

Dear Readers,

Chek rasa sudah sampai masanya Chek berehat sebentar dari melakukan treatment.Cadangnya,pada 17/07/2013 sepatutnya Chek ada appointment dgn Dr Hamid Arshat utk 1 appointmen,tapi apakan daya,Chek terpaksa membatalkan hasrat utk berjumpa dengan Dr Hamid kerana Chek mengikut DH bekerja di Tehran,Iran.Chek akan berada disini selama 3thn.In Shaa Allah,dalam masa yang sama Chek akan berusaha juga TTC secara natural...ie,bersenam,jaga pemakanan dan kurangkan stress....hehehehehe...rasanya stress di tempat kerja kut yg menyumbangkan kepada hormone in balance dalam badan Chek nie kut...(Hahahahaha.....alasan klise,salahkan hormon dan salahkan stress bekerja)...

 Anyway...selamat menyambut Ramadhan Mubarak..dan selamat berpuasa utk sahabat2 TTC sekalian...


Till then....

Monday, July 15, 2013

Menu Berbuka Day 5

Lokasi:Tehran,Iran.
Tarikh: 15/07/2013
Masa: 2138hrs

As Salam,

Rasanya dah lama Chek tak update blog disebabkan kesibukan(sibuk buat persiapan nak pergi posting ke Tehran,Iran).Alkisahnya,sebulan sebelum bertolak(bertolak dari Malaysia 01/07/2013 KUL-DOH-IKH) ,Chek sibuklah buat beberapa persiapan akhir(last minute la katakan)...time tu la nak buat Visa,time tu la nak beli barang keperluan dapur bagai...dan mcm2 lagi ler....mana nak kemas rumah lagi,mana nak settlekan keje kat office sebelum amik unpaid leave selama 1thn,mana nak handover keje2 kat office.Huh....time tu rasa mcm nak invent time machine jer rasanya....Hehehehe...Alhamdulillah,kami selamat sampai di Tehran,Iran pada 02/07/2013.Okler...terlebih plak...


Menu Berbuka hari ini
1.Nasi Putih
2.Ikan Talapia goreng bercili
3.Masak lemak fucuk+kobis
4.Telur dadar special(berkeju)
5.Air milo panas

Fuuuhhhhhhhhhhhhhhhh.......gerenti kenyang mlm nie....hehehe.

Saturday, July 6, 2013

Bersiaran secara langsung dari Tehran,Iran

As Salam,In Sha Allah,apartment inilah yg bakal kami duduk sepanjang 3 thn kami berada di sini.Doakan semuanya berjalan lancar seperti yg diharapkan.Amin

Wednesday, March 6, 2013

Cycle 2013

As Salam,

Quick update on my cycle for 2013

Cycle 1 for 2013- 1st January 2013
Cycle 2 for 2013 - 1st February 2013
Cycle 3 for 2013 - ???????

So, to conclude.... today 07/03/2013 is my CD 35... UPT -ve

Hurmmmmm.....?????.

Should I wait or should I consult my Gynea....n I've not decided which Gynea should I seek advice from...
Dr Hamid Arshat????, Dr Adillah ????...or Dr Rafie???? for second opinion on my condition.



PCOS Diet Plan Reference #1

As Salam,



Quick update on PCOS diet plan references:

  1. PCOS Diet support
  2. Attain Fertility

Saturday, January 5, 2013

Azam Thn 2013

As Salam,

Ari nie dah masuk ari 5 thn baru 2013, Chek baru nak senaraikan azam thn baru untuk thn 2013 nie...

Antaranya:
  1. Start balik treatment. Mungkin this time I'll go for second opinion kat klinik Dr Hamid Arshat. Anybody here pernah buat treatment dgn Dr Hamid?.Any advice?
  2. I'll opt for low G.I diet( I mean religiously). Selama nie selalu ngelat.Hehehehehe
  3. Nak share Resepi2 Diet utk PCOS... n healthy diet yang sewaktu n seangkatan dengan nye.
  4. Bersenam dengan jayanya...yg nie pun selalu ngelat. Hehehehe

itu jer la kot utk thn 2013.Kang set byk2 x tercapai la plak kan...kan???.

Tuesday, January 1, 2013

CD1-Cycle 1 untuk thn 2013

Quick update: 01/01/2012


As Salam

Ari nie 01/01/2013 bersamaan CD1,1st cycle untuk thn 2013.nampaknya thn lepas Chek takde rezeki untuk menimang cahayamata.Dikelilingi oleh adik,adik ipar,dan kakak ipar yang pregnant membuatkan sedikit sebanyak ati Chek "tersentuh",namun apakan daya..kita hanya merancang,Allah jualah sebaik-baik perancang. Semoga tahun 2013 ini,segala impian kita semua untuk memiliki "anugerah terindah" itu dikabulkan olehNya.

Amin.....