Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011...selamat datang 2012

As salam....


Dear rakan2 TTCku,

Anggaplah semalam adalah kenangan,hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah impian. Semoga impian  dan harapan kita untuk tahun 2012 akan menjadi kenyataan. Selamat tinggal 2011,dan selamat datang 2012.


Amin......

Motivasi TTCku #2

Ya Allah,

Kau permudahkanlah urusan kami,Kau kurniakanlah zuriat sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang kami...sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Amin.....

Friday, December 30, 2011

BBT????(Part 1)

As salam......

Muingkin ada antara rakan2 TTC Chek pernah dengar pasal BBT ni.Bagi yang tak tau tu... mai Chek nak habaq mai....BBT tu stand for Body Basal Temperature.Tau dak pasai BBT ni???.Aper tujuannye???...heehhhh....Camni la...

BBT nie sebenarnya ada kaitan dengan peningkatan hormon dalam badan kiter.

Faedah BBT.
  1. Dapat mengenali tubuh badan dengan lebih baik.
  2. Dapat mengenalpasti bilakah waktu subur
  3. BBT juga boleh menolong membantu Dr menganalisa masalah

Oleh kerana BBT hanya boleh dicatat menggunakan termometer tertentu, termometer tersebut boleh didapati di mana-mana farmasi berhampiran.



Ini lah rupa bentuk BBT termometer...jenama OMRON 

Tuesday, December 13, 2011

Rawatan Moden VS Rawatan Alternatif??(Part 1)

As Salam....

Tentu rakan2 TTCku pernah alami dilema sebegini,untuk memilih samaada melakukan rawatan moden @ rawatan alternatif...Dibawah Chek ada senaraikan beberapa rawatan moden dan beberapa rawatan alternatif untuk mereka2 yang berTTC.(*Sekadar perbandingan)


Rawatan Moden untuk TTC

  1. Ubat2an kesuburan (Clomid,Provera,Duphaston,Gonal F injection,Diane35 dan mcm2 lagi...you name it)
  2. Ovarian Drilling(Laracospy)
  3. IUI
  4. AI(Artificial Insemination)

Rawatan Alternatif untuk TTC
  1. Berurut.
  2. Biodex
  3. Amalkan minum jus kurma.
  4. Jaga pemakanan(Diet low GI -untuk yang ada PCOS)
  5. Bersenam (untuk mereka yg ada PCOS)
  6. Amalkan minum air buah zuriat
  7. Amalkan makan EPO (Evening Prime Rose Oil)
  8. Guna kaedah mencatit BBT (* sesuai bagi semua yang ingin berTTC)


Bersambung part 2(akan datang)...heheheheheh......mcm drama lak...ahaks. ;)