Saturday, November 26, 2011

Disahkan PCOS oleh OBGN (Prolog)

As salam....

* Penafian- info ini adalah umum, segala apa yang tercatit di sini adalah hasil dari pembacaan/research tentang PCOS dan penerangan yang diberikan oleh Dr yang merawat Chek. Info ini bukan lah bermaksud sebagai konsultasi perubatan TETAPI lebih kepada berkongsi maklumat dan pendapat. Anda disarankan berjumpa dengan Dr Pakar terlatih bagi sebarang khidmat nasihat perubatan yang berkaitan. 


Episod perjalanan TTC Chek bermula apabila usia perkahwinan Chek n my DH menjangkau usia 1 thn. Mulanya kami hanya berserah pada yang MAHA Esa bila berkaitan soal zuriat.Ye la...setiap yang berkahwin,mestilah mengimpikan zuriat sendiri sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.Melihatkan adik kandung yang berkahwin serentak dengan Chek disahkan "bunting pelamin" membuatkan hati Chek dibuai 1001 perasaan.Gembira,sayu,sedih,hiba semuanya bercampur baur....gembira kerana bakal menerima anak saudara baru,sayu,sedih dan hiba apabila mengenangkan pertanyaan demi pertanyaan dan statement yang agak laser dan mengguris hati dari saudara mara terdekat dan rakan taulan.Sesungguhnya, hanya orang2 yang pernah melalui perkara yang sama sahaja mengerti dan memahami isi hati kami...bukan mahu menidakkan takdir...cuma menyesali sikap sesetengah masyarakat yang agak "busy body" dan kurang ilmu dalam mentafsir apa yang tersirat dan tersurat.


Awal bulan 2,2011-ambil keputusan berjumpa OBGN di Assunta

Tertekan dengan desakan dan pertayaan kaum keluarga dan disertai dengan keinginan mempunyai zuriat sendiri yang tinggi,Chek dan my DH pun mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.Hasil daripada checkup tersebut.Chek telah disahkan mempunyai "mild PCOS" atau lebih dikenali dengan nama Polystic Cycts Ovarian Syndrom iaitu satu sindrom ketidakstabilan hormon yang menyebabkan telur (ovum) tidak dapat membesar dan dilepaskan ke rahim,dan ia menyebabkan terbentuknya beberapa cycts(tidak membahaya) di dalam ovari Chek.


maklumat selanjutnya mengenai PCOS DISINI.

9 comments:

  1. salam perkenalan..welcome ke dunia blogger! banyakkan bersama & teruskan berusaha... thans for following my blog & nice to meet u here ,,glad being ur 1st follower ;-)..

    ReplyDelete
  2. Tq wiyah...sebenarnya dah lama nak buat blog TTC,tapi halangan masa....ada byk nak share n just found out psl TTC blogger yang lain.

    ReplyDelete
  3. mmg nama chek ke..ke ikut slang utara..hehehe

    ReplyDelete
  4. @eimma's: Sajer jer...bkn org utara pun...cuma nikah ngan org utara...terikut2 slang utara ...ahaks

    ReplyDelete
  5. chek;
    saya tak check lg samada betul2 ada pcos or tak :-(

    eimma;
    kami(saya) orang utara hehe :-)

    ReplyDelete
  6. @siti..check la...daripada tertanya2...at least tahu thp kesihatan...

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan...
    Saya pun disahkan PCOS...
    Setakat ni pe rawatan y telah awk lalui...
    harap2 dapat share...

    ReplyDelete
  8. salam semua..sy juga pcos+rahim trbalik..klu ade info2..boleh share ye...=)

    ReplyDelete
  9. As salam (Umaira + Umar) & @ A.n.i.s..

    Chek ada byk info psl PCOS nie,cuma kekangan masa melambatkan proses menulis.Heheheh...Kalo ada masa jenguk2 la kat label tu.Chek dah susun ikut kategori."Sharing is caring".

    ReplyDelete