Wednesday, November 30, 2011

Motivasi TTCku part 1 (Menangkis soalan CEPUCEMAS!!!)

As salam.....

Hi rakan2 seperjuangan TTCku....ari nie Chek nak bercerita pasal cara2 menangkis soalan cepucemas @ statement yang annoying daripada orang2 yang "kurang berilmu" @ "busy body".

Suatu ketika dulu(awal2 perkahwinan)....reaksi Chek jika ditanya:
  1. Bila nak beranak?
  2. Anak dah berapa orang??. Adik dah nak masuk "dua",yang akaknya masih "berdua" je ke lagi???
  3. "Korang nie mesti x pandai bxxx,...tu yang x melekat......(*statement paling xbleh pakai drp seseorg yang sebaya ngan mak2 kiter)
  4. dan bermacam2 soalan dan statement2 yang laser2 yang mengguris ati Chek
Reaksi Chek suatu ketika dulu:
  1.  Diam....tapi dalam hati tersentap dan menangis.
  2. MARAH.
  3. Sedih dan terkilan...
  4. Menangis sampai bengkak2 mata.
  5. Tension & stress(* pas2 mula la Cik P jadi mengong sbb tension dan stress)

Tapi kini...Chek lebih tenang bila berhadapan dengan soalan cepucemas bila:

  1. Memikirkan yang org yang bertanya tu x matang dari segi pemikiran @ dengan kata lain kurang "BERILMU" walaupun usia dah separuh "ABAD".So,Chek anggap jer soalan2 annoying macam 2 sebagai ujian untuk kita supaya lebih "BIJAK" daripada mereka yang bertanya.
  2. Jawab soalan "Bila nak beranak?" dengan statement " Soal anak,rezeki,maut,jodoh tu semua urusan Allah,siapalah kita untuk persoalkan...BETUL X???(Jawab sambil senyum penuh makna/sinis)...hah....amik ko...terkedu org yang bertanya tu bila Chek jwb mcm 2...
  3. Anggap mereka yang bertanya tu kurang pengetahuan tentang "ILMU" biologi manusia.
  4. Abaikan jer soalan2 yang annoying...yang penting kita semua tahu "REZEKI ITU datang DARI ALLAH",bukan mereka...berdiam adalah lebih baik...kerana ALLAH maha MENGETAHUI..apa yang mereka xtahu.

Saturday, November 26, 2011

Disahkan PCOS oleh OBGN (Prolog)

As salam....

* Penafian- info ini adalah umum, segala apa yang tercatit di sini adalah hasil dari pembacaan/research tentang PCOS dan penerangan yang diberikan oleh Dr yang merawat Chek. Info ini bukan lah bermaksud sebagai konsultasi perubatan TETAPI lebih kepada berkongsi maklumat dan pendapat. Anda disarankan berjumpa dengan Dr Pakar terlatih bagi sebarang khidmat nasihat perubatan yang berkaitan. 


Episod perjalanan TTC Chek bermula apabila usia perkahwinan Chek n my DH menjangkau usia 1 thn. Mulanya kami hanya berserah pada yang MAHA Esa bila berkaitan soal zuriat.Ye la...setiap yang berkahwin,mestilah mengimpikan zuriat sendiri sebagai penyeri dan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.Melihatkan adik kandung yang berkahwin serentak dengan Chek disahkan "bunting pelamin" membuatkan hati Chek dibuai 1001 perasaan.Gembira,sayu,sedih,hiba semuanya bercampur baur....gembira kerana bakal menerima anak saudara baru,sayu,sedih dan hiba apabila mengenangkan pertanyaan demi pertanyaan dan statement yang agak laser dan mengguris hati dari saudara mara terdekat dan rakan taulan.Sesungguhnya, hanya orang2 yang pernah melalui perkara yang sama sahaja mengerti dan memahami isi hati kami...bukan mahu menidakkan takdir...cuma menyesali sikap sesetengah masyarakat yang agak "busy body" dan kurang ilmu dalam mentafsir apa yang tersirat dan tersurat.


Awal bulan 2,2011-ambil keputusan berjumpa OBGN di Assunta

Tertekan dengan desakan dan pertayaan kaum keluarga dan disertai dengan keinginan mempunyai zuriat sendiri yang tinggi,Chek dan my DH pun mengambil keputusan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.Hasil daripada checkup tersebut.Chek telah disahkan mempunyai "mild PCOS" atau lebih dikenali dengan nama Polystic Cycts Ovarian Syndrom iaitu satu sindrom ketidakstabilan hormon yang menyebabkan telur (ovum) tidak dapat membesar dan dilepaskan ke rahim,dan ia menyebabkan terbentuknya beberapa cycts(tidak membahaya) di dalam ovari Chek.


maklumat selanjutnya mengenai PCOS DISINI.